fbpx

Pak belang seperti sedang perhatikan kami – Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli di RPS Pos Pasik, Gua Musang ketakutan ancaman harimau belang di kawasan perkampungan mereka.

GUA MUSANG – Lebih 1,000 penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik di sini diselubungi ketakutan apabila masih ada harimau belang dikesan berkeliaran di kawasan kampung mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) RPS Pos Pasik, Muhamad Sani Ngahtiman berkata, penduduk kini tidak lagi berani untuk keluar berseorangan terutamanya ke kawasan ladang kelapa sawit dan hutan.

Menurutnya, mereka masih trauma dan dibayangi kejadian serangan harimau yang mengorbankan nyawa seorang penduduk kampung itu Selasa lalu.

“Penduduk sangat trauma dan berharap haiwan liar yang masih bebas berkeliaran itu segera ditangkap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kami mahu keselamatan terjaga selepas seorang penduduk kampung ini telah maut dibaham harimau,” katanya.

Harapan sama disuarakan Along Busu, 49, yang menegaskan dia tidak membenarkan ahli keluarganya masuk hutan kerana tidak mahu menjadi mangsa serangan harimau belang.

Katanya, dia hanya membenarkan anak-anaknya bermain di halaman rumah kerana takut mereka terserempak dengan pak belang.

“Saya mendapat tahu ada penduduk yang melihat kelibat dan kesan tapak harimau di kawasan ladang kelapa sawit yang merupakan laluan masuk menuju ke kampung ini.

“Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami tidak lagi bebas untuk keluar ke hutan sejak ­akhir-akhir ini,” katanya.

Berita berkaitan: Muka koyak, kaki kiri Orang Asli hilang dibaham harimau

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, penduduk Orang Asli di sekitar Pos Pasik dinasihatkan bergerak secara berkumpulan sekiranya berada di kawasan hutan.

Katanya, pihak Perhilitan masih memantau kawasan Pos Pasik selain sudah memasang perangkap untuk menangkap harimau yang membaham seorang lelaki Orang Asli Selasa lalu.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang lelaki Orang Asli dikhuatiri maut dibaham seekor harimau ketika keluar me­nyumpit seorang diri di kawasan ladang kelapa sawit di Pos Pasik di sini.

Mayat, Pisie Amud, 25, dari Kampung Sugi, Pos Pasik dipercayai telah ditemui penduduk kampung semalam dengan kesan cakaran haiwan liar tersebut pada bahagian kepala dan badan, selain sebelah kaki kirinya sudah hilang.

Berita berkaitan: Lelaki Orang Asli maut dibaham harimau ketika keluar menyumpit

Selain itu, organ dalaman pada bahagian kepala mangsa juga sudah tiada selain terdapat kecederaan pada bahagian punggungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI