fbpx

Isteri menyesal minta mas kahwin RM445,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu beranggapan keluarga suaminya mampu membayar mas kahwin yang dimintanya. - KhaoSod

BEIJING – Seorang wanita tular di media sosial China selepas berkongsi kisah suaminya yang terpaksa menggunakan sebahagian besar gaji untuk membayar hutang mas kahwin perkahwinan mereka. 

Laman berita Thaiger melaporkan, ibu bapa wanita itu meminta mas kahwin sebanyak 300,000 yuan (RM197,121) sebelum pasangan itu berkahwin lapan tahun lalu.

Wanita itu bagaimanapun mahu mas kahwinnya dinaikkan kepada 680,000 yuan (RM446,808) kerana beranggapan nombor tiga membawa nasib malang.

Akibat mengalami masalah kewangan, keluarga si lelaki nekad meminjam wang daripada saudara-mara kerana sukar membayar mas kahwin yang diminta.

Lelaki itu terpaksa menanggung hutang tersebut sehingga hari ini dengan menolak gajinya pada setiap bulan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seandainya ibu bapa kamu memulangkan separuh daripada mas kahwin, nescaya ia tidak akan berakhir dengan situasi yang menyedihkan,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI