fbpx

InCoSSAA 2023 platform kongsi pengetahuan pentaksiran alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKHARUDDIn (tengah) beramah mesra dengan hadirin yang hadir ke InCoSSAA 2023 di Movenpick Hotel And Covention Centre di Sepang.

SEPANG – Penganjuran International Conference on Secon­dary School Alternative Assessment (InCoSSAA) 2023 disifatkan menjadi platform penting untuk berkongsi pengalaman dan pen­getahuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bidang pentaksiran alternatif khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kepada peserta dari dalam dan luar negara dengan tema ‘Tapping into Ability’.

Dalam konteks ini, KPM mula memperkenalkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) yang merupakan satu bentuk pentaksiran baharu pada tahun 2021 bagi mentaksir dan meneroka kebolehan MBPK pada peringkat menengah bagi tujuan pengiktirafan dan pensijilan.

Pelaksanaan PASM merupakan satu usaha Lembaga Pe­periksaan dalam menyahut hasrat KPM bagi merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa kepada semua murid termasuk MBPK.

Ia juga merupakan inisiatif KPM dalam menyokong usaha global UNESCO dalam tonggak keempat Sustainable Development Goal (SDG) yang memberikan fokus untuk memastikan pendidikan berkualiti sebagai asas kelestarian pembangunan dengan memberikan penekanan terhadap pendidikan yang inklusif
dan saksama.

Susulan itu, dalam usaha menyebar luas kefahaman mengenai PASM bagi MBPK kepada warga pendidik dan masyarakat, KPM menganjurkan InCoSSAA 2023 bermula 4 hingga 6 Oktober 2023 di Mövenpick Hotel And Convention Centre KLIA melibatkan seramai 300 orang peserta bersemuka selain dianggarkan 10,000 peserta secara dalam talian.

Peserta bersemuka terdiri daripada pelbagai agensi awam dan swasta berkaitan dengan MBPK merangkumi agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Penglibatan Ibu bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS), ahli akademik, pakar pentaksiran pendidikan, guru-guru serta murid pendidikan khas.

InCoSSAA 2023 dapat diikuti melalui platform digital di Eduweb TV KPM oleh peserta dari dalam dan luar negara khususnya dari negara ASEAN.

PKHARUDDIn (dua dari kanan) ketika melawat ruang pameran sempena InCoSSAA 2023 di Movenpick Hotel And Covention Centre di Sepang baru-baru ini.

Perasmian pembukaan InCoSSAA 2023 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Gha­zali selain turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,

Sektor Dasar dan Kurikulum, Dr. Ahmad Rafee Che Kassim, Ketua Bahagian Pendidikan Yayasan Hasanah, Dr. Nur Anuar Abdul Muthalib serta pe­ngurusan tertinggi Lembaga Pe­periksaan.

Mengulas lanjut KPM berkata, InCoSSAA 2023 bukan sahaja ­menjadi platform perkongsian penge­tahuan dalam bidang pentaksiran alternatif, tetapi turut merupakan wadah perbinca­ngan antara pendidik, pakar pentaksiran, organisasi pendidikan dalam dan luar negara serta pihak berkepen­tingan.

Katanya, sempena penganjuran InCoSSAA 2023, LP turut mempromosikan PASM dan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) yang dilaksanakan di Malaysia bagi mengiktiraf keupayaan dan kebolehan murid MBPK kepada badan pentaksiran dalam dan luar negara.

“Pengisian InCoSSAA 2023 meliputi dua sesi ucaptama dan dua sesi pembentangan kertas kerja selain satu sesi forum.

“Sesi ucaptama InCoSSAA di­mulakan oleh Pengarah Peperiksaan, Dr. Mohd. Azam Ahmad diikuti pensyarah dari Universiti Sydney, Dr. Cathy Little.

“Dua sesi pembentangan pula disampaikan oleh Dr. Khodori Ahmad dari KNK Total Assessment Sdn. Bhd. serta pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Mohd. Norazmi Nordin. Sesi forum pula disampaikan oleh panel pelbagai agensi dalam dan luar negara,” katanya.

Menerusi penganjuran InCoSSAA 2023, pihak KPM mengha­rapkan kefahaman tentang pentaksiran alternatif terutamanya PASM dapat diperluas kepada warga pendidik, ibu bapa, masyarakat dan badan pentaksiran sama ada di dalam atau luar negara.

“Selain itu, KPM juga mengha­rapkan penerimaan positif daripada pihak berkepentingan terhadap MBPK yang menerima SASM dan seterusnya membolehkan mereka berupaya meneruskan kehidupan berdikari dan bermasyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI