fbpx

Bapa Norman Hakim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norman Hakim memanjatkan doa memohon agar Allah SWT mengampuni dosa arwah bapanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

PETALING JAYA – Pelakon Norman Hakim berkongsi berita duka apabila kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Zaidon Abdul Rahim yang dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kuantan, Pahang pada malam tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, dalam Instagram.

“Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa bapa saya, Haji Zaidon Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H, pada pukul 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, Norman tidak menyatakan punca kematian bapa yang berusia 90 tahun itu.

Dalam hantaran sama, pelakon siri Gerak Khas itu turut memanjatkan doa memohon agar Allah SWT mengampuni dosa arwah bapanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik anaknya, Marissa Dania Hakim dalam InstaStory, remaja itu berkongsi sebuah video sewaktu jenazah datuknya sedang dikebumikan.

“Tok ayah. al-Fatihah,” tulisnya ringkas sambil turut meninggalkan emoji hati.

Sejak tahun lalu, Norman sering berkongsi perkembangan kesihatan bapanya yang dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI