fbpx

175 ditahan, RM40.28 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (tengah) pada sidang media Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) siri 14 Bil 2 Tahun 2023 di Ipoh hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) merekodkan rampasan keseluruhan hasil hutan dan hidupan liar bernilai RM40.28 juta bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Rampasan itu antaranya membabitkan burung helang, parrot, murai batu, gading gajah, burung macau, rusa, kijang, harimau, kucing batu, ular sawa, babi hutan, burung bayan nuri dan serindit selain hasil hutan termasuk kayu gaharu.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, data yang direkodkan itu menunjukkan penurunan jumlah rampasan berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak RM85.99 juta.

Katanya, dalam tempoh itu, seramai 175 orang telah berjaya ditangkap termasuk pemburu haram dengan 115 orang daripada mereka terdiri dalam kalangan warga tempatan.

“Bagi tempoh sama tahun lalu, kita telah memberkas seramai 243 orang di mana 136 orang daripada mereka merupakan warga tempatan.

“Malah, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kita telah pun berjaya menghasilkan sebanyak 192 kes. Pada tahun lalu, sebanyak 206 kes direkodkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat OBK Siri 14, Bilangan Dua Tahun 2023 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI