fbpx

Dua penunggang RXZ antara tiga maut kemalangan motosikal di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang mengangkat dua daripada tiga mangsa kemalangan di KM 333.1, LPT 2 arah Kuantan berhampiran susur keluar Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun maut manakala tiga lain cedera dalam kemalangan melibatkan enam motosikal di Kilometer 333.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Kuantan, berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, Ahmad Osama Ramadhan Laidin yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman serta Muhammad Fitri Hanif Rohaimi,18, dan Muhammad Syah Run Nizam Jaafar, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Tiga lagi mangsa iaitu Mohamad Afiq Kamal, 19, dari Felda Neram II, Kemaman cedera parah di bahagian kaki manakala Muhamad Firzani Hilman Mohd Arif Fadhillah, 20, serta Muhammad Haziq Haikal Ismail, 17, masing-masing berasal dari Cheneh, Kemaman pula cedera ringan.

Kesemua mangsa yang menunggang motosikal masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi Muhamad Firzani Hilman dari arah Paka di sini dikatakan tiba-tiba dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan Muhamad Firzani Hilman terjatuh di laluan kiri lebuh raya. Dalam masa sama, beberapa buah motosikal di belakangnya cuba mengelak daripada merempuh mangsa telah bergesel dan berlanggar sesama sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, Ahmad Osama Ramadhan dan Muhammad Fitri Hanif, yang masing-masing menunggang motosikal Yahama RXZ dan Muhammad Syah Run Nizam yang menaiki motosikal Yamaha 135LC tercampak ke atas lebuh raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI