fbpx

Nilai rekod bacaan IPU tertinggi pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hanya dua daripada 68 stesen udara di seluruh negara menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat iaitu masing-masing di Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tertinggi setakat pukul 10 pagi tadi direkodkan di Nilai dengan bacaannya 152 diikuti Bukit Rambai (107).

Sementara itu, 55 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Data sama turut menunjukkan hanya 11 kawasan di Semenanjung negara merekodkan tahap IPU yang baik iaitu di bawah 50.

Antara kawasan tersebut adalah Langkawi, Kedah (18), Kangar, Perlis (23), Alor Setar, Kedah (38), Sungai Petani, Kedah (38), Balik Pulau, Pulau Pinang (29), Seberang Jaya, Pulau Pinang (42) dan Taiping, Perak (37).

Manakala kawasan di negeri Pantai Timur yang masih mencatatkan IPU sihat adalah Besut, Terengganu (37), Tanah Merah, Kelantan (43) dan Kota Bharu (48). — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI