fbpx

Jenazah Orang Asli dibaham harimau selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Pisie selamat dikebumikan tanah perkuburan RPS Pos Pasik, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN PENDUDUK

GUA MUSANG – Jenazah lelaki Orang Asli yang dibaham harimau pada Selasa lalu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Jenazah Pisie Amud, 25, dibawa dari Forensik Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke RPS Pos Pasik untuk urusan pengebumian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik, Muhamad Sani Ngahtiman berkata, urusan pengebumian mangsa turut dihadiri penduduk kampung bagi memberikan penghormatan terakhir.

Katanya, mangsa dikebumikan mengikut ajaran Islam, namun upacara pengebumiannya sedikit berbeza berbanding urusan kematian biasa.

“Jenazah mangsa telah disembahyangkan di hospital sebelum dibawa pulang ke Pos Pasik bagi urusan pengebumian.

“Penduduk meletakkan buluh runcing yang tajam di sekitar kubur mangsa untuk mengelakkan harimau belang terbabit terus mencari mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambahnya, mangsa yang sudah berkahwin meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI