fbpx

Anwar adakan pertemuan dengan 21 syarikat besar di UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat gergasi di UAE semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan 40 wakil dari 21 syarikat-syarikat besar dalam lawatan kerja beliau di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kebanyakan daripada syarikat terbabit yang telah pun melabur di Malaysia berhasrat untuk menambah pelaburan sedia ada di Malaysia.

“Saya berpeluang bertemu dengan 40 wakil-wakil dari 21 syarikat-syarikat besar termasuk ADNOC, TAQA, MASDAR, Al-Dahra, Lulu dan DP World. Sementelahan, wakil-wakil dari dana-dana nasional seperti ADIA dan Mubadala juga turut hadir.

“Saya dimaklumkan, ramai di antara mereka yang telah melabur di Malaysia berhasrat untuk menambah pelaburan sedia ada dimana Majlis Pelabur Antarabangsa UAE serta Dewan-Dewan Perniagaan Abu Dhabi dan Dubai turut bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut berkongsi bagaimana Malaysia berjaya menarik pelbagai pelaburan baharu dari syarikat-syarikat terkemuka global seperti Tesla, Infineon dan Geely.

Tambah beliau, turut dikongsikan tentang Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) yang bakal mengukuhkan asas industri dan perniagaan di Malaysia.

Ujarnya, beliau turut menekankan kepentingan perkongsian strategik bukan sahaja di dalam satu atau dua sektor, tetapi di dalam pelbagai sektor.

“Industri halal dan kewangan Islam Malaysia satu sektor di mana banyak kerjasama boleh dijalin dan saya berkongsi bahawa Malaysia juga menekankan konsep keadilan sosial melalui pelaksanaan industri halal di Malaysia.

“Insya-Allah, jalinan perhubungan dua hala antara Malaysia dan UAE ini akan terus ditambahbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI