fbpx

RUU Kawalan Produk Merokok dibaca kali kedua pada 10 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentang untuk bacaan kedua di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia merupakan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung semalam.

Katanya, pembentangan bacaan kedua RUU di Parlimen adalah suatu bentuk komitmen berterusan pihak KKM dan Kerajaan Madani dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya produk merokok.

“RUU ini telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada 12 Jun lalu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

“Penelitian telah dibuat oleh ahli-ahli JKPK bagi memantapkan RUU ini supaya RUU ini dapat dibincangkan, diteliti dan disokong oleh kesemua pihak (bipartisan),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, Pihak JKPK telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan sesi libat urus bersama semua pihak-pihak berkepentingan termasuk KKM.

“Setelah kesemua mesyuarat dan sesi libat urus ini, terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan oleh JKPK dan KKM menerima baik semua syor-syor yang dicadangkan tersebut,” ujarnya.

Zaliha turut menyeru seluruh lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli Parlimen, individu, ibu bapa, guru dan tokoh-tokoh masyarakat untuk bersama memainkan peranan dan menyokong usaha KKM dalam membentangkan RUU ini dengan menyuarakan sokongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI