fbpx

Lelaki warga emas dituduh angkut 5 PATI warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aseri dituduh mengangkut lima PATI warga Myanmar di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang diseludup masuk ke negara ini di Pekan Changlun, dekat sini pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Aseri Musa, 60, yang merupakan pemandu e-hailing dan juga teksi mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengangkut lima migran warga Myanmar terdiri daripada seorang lelaki berusia 21 tahun, dua wanita berusia 26 dan 37 tahun; remaja perempuan 16 tahun dan kanak-kanak lelaki lima tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di hadapan Taman Hosba di Pekan Changlun dalam daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 5 petang, 20 September lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI