fbpx

Guna drone siasat punca harimau kumbang masuk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor harimau kumbang yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kuala Pilah.

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan akan melaksanakan siasatan dari udara menggunakan drone bagi mengenal pasti punca konflik spesies harimau kumbang di negeri ini khususnya di Beting, Kuala Pilah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Perhilitan telah menerima aduan berkenaan harimau kumbang membaham anjing penjaga kebun di halaman rumah pengadu di Kampung Ulu Beting, pada 4 September lalu kira-kira pukul 11 malam.

Menurutnya, kawasan aduan terletak lebih kurang 100 meter antara kebun buah-buahan dengan Hutan Simpan Kekal (HSK) Pelangai.

“Anggota Perhilitan telah mengenal pasti spesies iaitu harimau kumbang. Perangkap telah dipasang dan diaktifkan pada 5 September.

“Dalam pada itu, anggota Perhilitan juga telah membuat rondaan berkala di sekitar kawasan aduan bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Tindakan selanjutnya adalah melaksanakan siasatan dari udara dengan menggunakan drone bagi mengenal pasti punca konflik spesies harimau tersebut,” katanya hari ini.

Jelas Aminuddin, Perhilitan telah berjaya memerangkap tiga ekor harimau kumbang pada 18 September, 27 September dan 1 Oktober di lokasi aduan yang dibuat, .

“Harimau kumbang yang sihat dilepaskan ke hutan tebal habitat asalnya yang jauh dari penempatan manusia, manakala yang memerlukan rawatan di hantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai, Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI