fbpx

View Chin sudah peluk Islam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status yang dimuat naik View Chin di laman Facebooknya,

PETALING JAYA – Status terbaharu yang dimuat naik di laman Facebook, pempengaruh media sosial View Chin, menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Ini kerana, status tersebut seolah-olah menggambarkan pempengaruh tersebut sudah memeluk agama Islam.

“Asalamualikum semua,”tulisnya pada hantaran Facebook sebentar tadi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen yang mengaitkan hubungannya dengan bekas pekerjanya dikenali sebagai Mira.

“Bila View Chin convert (tukar agama)..kahwin dengan mira ke?,”soal Murni Lee.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Liza Abd Rahman.

“Waalaikummussalam. sudah saudara barukah View Chin? kalau ya. Alhamdulillah,”tulisnya.

Sebelum ini, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.

Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bag mempromosikan produk mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI