fbpx
Gambar kenangan Abdullah dan abangnya, Abdurrahman bersama ibu, bapa dan empat adik mereka yang maut dalam kemalangan bulan lalu. Kanan gambar terkini Abdullah.

Abdullah sudah pandai ketawa, minta makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Selepas lebih sebulan, mangsa yang terselamat dalam nahas enam sekeluarga pada 1 September lalu, Abdullah Amir Ruddin, 15, menunjukkan respon positif apabila mula bercakap dan ketawa setiap kali berkomunikasi.

Nor Hila Noor Muhammad, 38, yang juga seorang guru berkata, anak saudaranya Abdullah kini dijaga mereka sejak dibenarkan keluar wad Hospital Segamat pada 19 September lalu.

“Seminggu pertama, pergerakkannya terbatas dan tubuhnya macam keras serta kaku. Selepas seminggu Abdullah jalani terapi dan kami berkomunikasi dengannya ada sedikit perubahan.

“Alhamdulillah, dia sudah boleh bergerak, angkat kepala, tangan serta kaki sendiri, malah apabila mahu makan dia boleh cakap nak (makan), ketawa pun boleh,” katanya semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pukul 6.37 petang itu, ibu dan bapa Abdullah masing-masing Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan Amir Ruddin Ismail, 46 selain empat beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu yang menaiki Pe­rodua Alza dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.

Abdullah kini turut dijaga abangnya, Abdurrahman.

Dalam pada itu, Nor Hila memberitahu, pembedahan rahang Abdullah minggu lalu ditangguhkan dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan pada rawatan susulan 18 Oktober ini.

“Abdullah sudah boleh minum dan menelan makanan lembut. Segala perkembangan ini adalah positif bagi kami sekeluarga.

“Bagaimanapun, setakat ini kami masih merahsiakan kejadian yang menimpa ibu dan ayah serta adik-beradiknya itu.

“Biarlah ingatan dia pulih dan bila dia ingat dan tanya baru kami akan beritahu, kami tidak mahu emosinya terganggu ketika ini,” ujarnya yang juga adik kepada Noorahimah.

Sementara itu, Nor Hila mera­kamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Malaysia yang tidak putus beri semangat, doakan kesejahteraan buat keluarga untuk terus pikul amanah yang diberikan tanpa culas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN