fbpx

Lantikan penghulu JPKKP di Kelantan selesai bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasri bercakap pada Sesi Taklimat Fungsi dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Bersama Media di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM di Tunjong, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung Persekutuan (JPKKP) atau penghulu di negeri ini akan selesai bulan depan.

Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Jasri Kasim berkata, pelantikan JPKKP itu dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan melibatkan sebanyak 636 buah kampung di negeri ini.

Menurutnya, JPKKP akan memainkan peranan sebagai wakil antara rakyat dengan Kerajaan Persekutuan di peringkat akar umbi.

“Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memainkan peranan penting apabila jabatan tersebut menjadi penyelia kepada JPKKP.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pula bertindak sebagai jawatankuasa penilai kepada pelantikan JPKKP,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Fungsi dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Bersama Media di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM di Tunjong di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berpandangan bahawa pelantikan penghulu mewakili Kerajaan Perpaduan di Kelantan perlu disegerakan.

Katanya yang merupakan satu-satunya wakil rakyat Barisan Nasional di Kelantan, langkah itu dilihat mampu melancarkan gerak kerja dan tugasan melibatkan kerajaan persekutuan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI