fbpx

Kesan tapak kaki, lelaki syak ‘toyol’ curi duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kesan tapak kaki disyaki toyol tular di media sosial

PETALING JAYA – Seorang lelaki mengesyaki misteri kehilangan duit di kediaman miliknya berpunca daripada kehadiran makhluk halus iaitu ‘toyol’.

Menerusi video tular berdurasi 26 saat itu, terdapat beberapa kesan tapak kaki kecil pada di dalam rumahnya yang berhabuk tebal kerana sedang berada di dalam proses pengubahsuaian.

“Rumah berhabuk sebab tengah ubah suai, sejenis makhluk apa ini? Duit hilang, gara-gara kesan kaki ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, ramai pengguna media sosial yang tampil dengan andaian mereka tersendiri mengenai kehadiran makhluk halus itu.

“Mesti kepunyaan jiran, kalau ada jiran yang tak bekerja atau bekerja biasa tetapi berkemampuan, dia lah tu, baik panggil ustaz,” pesan Theo.

“Nenek saya cakap letak duit dalam bekas lepas itu letak kacang. Nanti dia duk kira kacang tu sampai tak ingat nak curi duit,” komen Nur Qasih.

Dalam pada itu ada juga beberapa pengguna yang tidak senang hati dengan keadaan rumah tersebut yang langsung tidak terjaga dan berdebu tebal.

“Berdebu teruk rumah itu pun, macam mana ‘dia’ tak datang duduk,” kata Amir.

Turut meninggalkan komen ialah Affendy Ismail yang berpendapat itu bukan lah tapak kaki makhluk halus namun dibuat sendiri oleh pemilik video tersebut.

“Nampak sangat itu cop tangan abang, saya kecil-kecil dulu kalau nampak kereta berhabuk je buat cop kaki budak kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI