fbpx

Jika tutup sekolah sebab jerebu, murid belajar PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian 3rd International Conference on Educational Leadership and Management 2023 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands hari ini. - Foto M FIRDAUS M JOHARI

GENTING HIGHLANDS – Sekolah yang terpaksa ditutup disebabkan jerebu bakal bertukar kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tidak ada masalah untuk para guru meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian kerana sudah mempunyai pengalaman melakukannya sebelum ini.

Mengulas lanjut, Fadlina berkata, sekolah yang berada dalam kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 100 kini dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti luar kelas.

“Setakat ini, sekolah yang berada dalam kawasan yang mencatatkan IPU lebih daripada 100 memang dihentikan serta-merta aktiviti luar kelas.

“Sekolah lain kita masih pantau. Tetapi, sekiranya lebih daripada 200, kita akan tutup sekolah dan PdP akan dijalankan seperti biasa.

“Kita minta semua sekolah untuk teruskan pemantauan dan patuhi garis panduan serta arahan terkait dengan keselamatan dan juga keadaan cuaca,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar Mailis Perasmian 3rd International Conference on Educational Leadership and Management 2023 di Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina memaklumkan penutupan sekolah berikutan masalah jerebu hanya dibuat sekiranya dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambahnya, semua aktiviti luar bilik darjah di sekolah-sekolah akan dibatalkan sekiranya sesuatu kawasan itu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu melebihi 100.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini masih kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sehingga menerima arahan seterusnya.

Fadhlina menegaskan, garis panduan tersebut terpakai kepada semua dan mesti dipatuhi bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI