fbpx

10 lelaki bergaduh berebut ‘towing’ kereta direman hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan disyaki bergaduh dalam urusan menunda kenderaan kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu yang disyaki bergaduh dalam urusan menunda kenderaan kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, semalam direman sehinga esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dua daripada 10 individu berkenaan baru sahaja ditahan di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

“Reman adalah selama dua hari bermula hari ini sehingga esok. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang tidak mematuhi undang-undang negara.

“Tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seramai lapan lelaki diberkas selepas disyaki terlibat dalam rusuhan bersenjata berhubung penundaan sebuah kereta kemalangan.

Zam Halim berkata, kejadian berpunca daripada kes kemalangan sebuah kereta dan pergaduhan antara dua pihak untuk menunda (towing) kenderaan terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI