fbpx

Mereka unik, lebih baik Osama, Zaki kekal duo – Jamal Abdillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGGAN anak-anak dikatakan dibayangi dirinya, Jamal Abdillah mahu Osama dan zaki bergerak secara duo.

PETALING JAYA – “Kalau menyanyi secara solo ramai ingatkan suara mereka suara saya, jadi lebih baik bergerak secara duo.”

Demikian pendirian Raja Pop Jamal Abdillah yang lebih selesa andai dua anaknya, Osama Yamani dan Zaki Yamani mengekalkan konsep penyanyi duo bagi menonjolkan keunikan.

Ini kerana kata Jamal, meskipun kedua-dua puteranya ada kelebihan vokal dan ada identiti tersendiri, ramai mendakwa mereka dibayangi dirinya.

“Berdasarkan keserasian yang ditunjukkan sehingga mampu bergelar juara Famili Duo musim kedua, saya memang sarankan mereka kekalkan konsep sama.

“Kalau Osama menyanyi solo, orang akan ingat itu suara saya. Zaki pun sama, kalau menyanyi betul-betul, ramai kata macam Jamal Abdilillah, jadi susahlah macam  ini.

“Mereka ada bakat, ada suara tapi sayang kalau dikatakan terikut-ikut saya apabila menyanyi solo. Kena teruskan konsep duo itu selain buat persembahan cara penyanyi muda era ini dengan tarian dan sebagainya.

“Kenapa tidak? Konsep duo unik,” katanya ketika ditemui HibGlam dalam program Ini Baru Bintang 2, baru-baru ini.

Menurut penghibur yang sudah lima dekad memahat nama dalam arena muzik itu, Osama, 22 dan Zaki, 17, berpotensi melangkah lebih jauh dengan menggilap lagi skil komunikasi, tarian dan elemen sokongan lain.

“Osama dapat banyak tawaran menyanyi tapi dia kena gilap lagi potensi dengan belajar beberapa perkara supaya boleh bertahan lama dan kekal diminati.

“Skil interaksi pun perlu dipertingkatkan untuk mendekatkan dirinya dengan peminat. Macam mana caranya, kena belajar serta banyak tengok persembahan penyanyi lain,” katanya.

Mengulas pandangan pemerhati dunia hiburan yang berpendapat dua puteranya itu memiliki suara miripnya, penyanyi Takdir Penentu Segala itu berkata, perkara berkenaan tidak dapat dielakkan kerana mereka anaknya.

Pada 6 Februari lalu, Osama dan Zaki diumumkan juara Famili Duo yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Kedua-dua penyanyi muda itu adalah anak hasil perkahwinan terdahulu manakala dengan isterinya kini, Datin Zai Izzati Khirudin, Jamal dikurniakan empat cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI