fbpx

Peningkatan IPU, JAS Negeri Sembilan kesan aktiviti pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan akan memastikan tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dijalankan mana-mana pihak dan individu di negeri ini susulan terdapat peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri.

Pengarahnya, Hamzah Mohamad berkata, rondaan turut dijalankan bersama bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT) susulan beberapa kawasan di negeri ini telah mencatatkan IPU tidak sihat dan sederhana sejak kebelakangan ini.

“Saya menyeru masyarakat supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka khususnya pada masa ini, sekiranya kami dapati ada yang melakukan pembakaran terbuka, kami boleh ambil tindakan di bawah Seksyen 29 A Akta Kualiti Alam Sekeliling dan kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikeluarkan kepada mana-mana individu yang melakukan pembakaran terbuka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 di Pantai Saujana, di sini, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan bacaan IPU pagi tadi menyaksikan kawasaan Nilai merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 105 setakat pukul 11 pagi tadi.

Bagaimanapun pada pukul 12 tengah hari, bacaan bagi stesen Nilai berubah kepada sederhana iaitu 99. Dua kawasan lain iaitu Port Dickson dan Seremban turut mencatatkan bacaan IPU sederhana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI