fbpx

Aplikasi i-Kitar pupuk budaya kitar semula di PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (dua dari kiri) melihat melihat sebarang barangan yang dikitar semula dengan menggunakan aplikasi i-Kitar di PPR Hiliran, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Penggunaan aplikasi i-Kitar akan diperluaskan ke lebih banyak Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak lama lagi dalam usaha memupuk budaya kitar semula dalam kalangan rakyat.

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, penggunaan i-Kitar itu juga antara langkah pendigitalisasi ke arah misi menjadikan negara lebih kompetitif dalam usaha kitar semula menjelang 2025.

Beliau berkata, aplikasi yang dibangunkan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan perbadanan pengurusan sisa pepejal, SWCorp Malaysia tersebut telah bermula sejak sebulan lalu.

“Kita sudah mula dapat lihat kejayaan daripada penggunaan aplikasi i-Kitar ini cuma kajian lebih terperinci diperlukan sekiranya masih memerlukan penambahbaikan dari segi teknikal.

“Ia penting bagi mencapai matlamat utama disasarkan menjadikan negara ini berdaya maju dalam sektor kitar semula di peringkat global menjelang 2025,” katanya di di PPR Hiliran di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Program Inisiatif Komuniti PPR Sifat Sisa Bersamamu Madani.

Akmal Nasrullah berkata, PPR Hiliran di Kuala Terengganu sebagai projek perintis penggunaan aplikasi i-Kitar sebelum diperluaskan ke 17 PPR di bawah KPKT yang memiliki pusat kitar semula di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI