fbpx

Rasa tak selamat, warga asing bersikap biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAZLI (tengah) bersama penduduk menunjukkan laporan polis dan surat kelulusan penempatan warga asing yang didakwa palsu di Ipoh kelmarin.

IPOH – Kehadiran warga asing menduduki pangsapuri mampu milik, D’Aman Residensi di Halaman Meru Aman, Meru, di sini membimbangkan penduduk.

Kehadiran warga asing yang bekerja di sebuah kilang di Jelapang sejak lebih tiga tahun lalu itu terdiri daripada warga Nepal, Indonesia dan Myanmar.

Seorang penduduk, Mohammad Shafique Mohammed Hatta, 38, berkata, seramai 164 warga asing tersebut mendiami 26 unit rumah yang dijadikan hostel pekerja di perumahan itu.

Katanya, bilangan yang semakin bertambah itu menyebabkan penduduk berasa tidak selesa tambahan lagi ada dalam kalangan warga asing bersikap biadap apabila minum minuman keras secara terbuka.

“Sebagai penghuni di sini, kami gusarkan keselamatan anak-anak yang bermain di taman permainan. Kami bimbang jika ada daripada mereka yang berniat jahat dan melakukan sesuatu yang tidak baik.

“Selain itu, kebanjiran warga asing juga menyebabkan penghuni wanita berasa tidak selamat tambahan lagi bagi yang tinggal seorang diri,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Yusparina Md. Yusoff, 43, berkata, dia kesal apabila kebanyakan warga a­sing mengabaikan aspek kebersihan dengan membuang sampah ­merata-rata hingga kawasan sekitar kotor.

“Kami rasa tidak selesa sebab mereka ini tidak jaga kebersihan. Sekitar kaki lima dan tangga rumah kotor dengan air sampah dan air ludah sireh.

“Pergaulan bebas antara mereka juga amat membimbangkan hingga ramai yang takut untuk bawa anak-anak beriadah di taman permainan,” katanya.

Bagi pesara, Mohd. Ali Osman, 63, penduduk di perumahan itu menentang kediaman tersebut dijadikan hostel pekerja kerana ia bertentangan dengan peraturan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Halaman Meru Aman dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sementara itu, Pengerusi JMB Halaman Meru Aman, Mohd. ­Fazli Othman berkata, aduan mengenai sikap warga asing itu telah diajukan kepada sebuah agensi yang menguruskan penginapan warga asing berkenaan, namun tidak diendahkan.

Malah katanya, tiada sebarang lawatan mahupun pemantauan daripada pihak berkuasa terma­suk Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ke D’Aman Residensi meskipun aduan telah dibuat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI