fbpx

Desas desus dilantik Menteri, Wan Rosdy serah kepada kepimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat Daerah Bentong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai di Bentong hari ini.

BENTONG – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebagai orang parti beliau menyerahkan kepada kepimpinan untuk menentukan kedudukannya sama ada meneruskan tanggungjawab sebagai Menteri Besar atau Menteri Kabinet.

Bagaimanapun beliau menyifatkan desas-desus namanya ke Kabinet sebagai khabar angin menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Perdana Menteri pun kata sedang mempertimbangkan. Tetapi itu yang keluar itu hanya khabar angin, tidak sahih.

“Saya anggap itu khabar angin, saya tak fikir sangat, saya nak tumpu kepada PRK. Saya orang parti bertanding pun sebab parti, jadi Menteri Besar pun sebab parti.

“Dipanggil datang, disuruh pergi,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat Daerah Bentong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai di sini hari ini.

Beliau mengulas satu laporan akhbar yang mendakwa beliau akan dilantik sebagai Menteri dalam rombakan Kabinet yang akan berlaku pada masa terdekat.

Laporan itu menyebut rombakan itu dijangka berlaku selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Selain Wan Rosdy, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga disebut dilantik sebagai Menteri dalam rombakan Kabinet tersebut.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, fokus beliau kini hanya untuk menghadapi PRK DUN Pelangai khususnya bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam.

“Saya tidak tahu apa tujuan mereka keluar kenyataan sedang kita menghadapi pilihan raya. Saya mahu calon kita menang, pemilihan ini bukan rumit cuma untuk menggantikan calon yang telah meninggal dunia, itu proses biasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI