fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa di 14 PPS menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk yang dipenuhi lumpur akibat banjir kilat di Kampung Padang Empang, Baling. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

BALING – Jumlah mangsa banjir menurun sedikit setakat pukul 12 tengah hari ini iaitu seramai 1,721 orang daripada 509 keluarga yang masih ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, negeri ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, penurunan itu susulan penutupan PPS Dewan PPK Lubuk Batu di daerah Kubang Pasu pada pukul 11 pagi tadi.

“Selain itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di daerah Baling, Kubang Pasu dan Kota Setar menunjukkan sedikit penurunan. Hanya daerah Pokok Sena menunjukkan sedikit peningkatan jumlah mangsa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, lima PPS di daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 593 orang daripada 212 keluarga.

“Ia diikuti empat PPS di Baling melibatkan seramai 579 mangsa daripada 155 keluarga dan tiga PPS di Pokok Sena iaitu 398 orang daripada 108 keluarga,” ujarnya.

Tambahnya, dua PPS di Kubang Pasu pula masih menempatkan seramai 151 orang daripada 34 keluarga.

Terdahulu, KOSMO! melaporkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 15 PPS di Kedah sehingga pukul 8 pagi tadi ialah seramai 1,908 orang daripada 576 keluarga.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI