fbpx

Selebriti berstatus isteri orang diintai duda jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG selebriti jelita yang dikatakan berada dalam dilema dengan ikatan perkahwinan toksik sebenarnya sudah diintai seorang ahli perniagaan bergelar jutawan.

SEORANG selebriti jelita yang dikatakan berada dalam dilema dengan ikatan perkahwinan toksik sebenarnya sudah diintai seorang ahli perniagaan bergelar jutawan.

Walaupun ikatan perkahwinan ibarat seorang ke hulu, seorang ke hilir, tetapi di hadapan umum mereka tetap seperti pasangan suami isteri lain dan mendakwa masih bahagia.

Cuma sumber terdekat mendedahkan, artis wanita itu sudah tidak mampu menipu diri sendiri apatah lagi ada lelaki kaya menunggu.

Dengar, semua itu bukan disebabkan oleh lelaki berstatus duda yang kaya-raya, tetapi keikhlasan hatinya membuatkan si artis wanita terbabit nekad mahu meleraikan ikatan perkahwinannya.

Perkara ini sumber yang beritahu tau, bukan Mizz Lahar sengaja mereka-reka cerita.

Sengaja identiti dan punca keberantakan perkahwinan mereka dirahsiakan dulu, aib orang kena jaga.

Selebriti itu pandai menjaga diri. Tak pernah dia keluar bersama duda terbabit kerana sedar masih isteri orang.

Mizz Lahar: Ada aktor tampan kini bermasam muka hanya kerana seorang gadis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI