fbpx

Pelakon watak Albus Dumbledore filem Harry Potter,Michael Gambon meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambon melakonkan watak Albus Dumbledore menerusi filem Harry Potter. - SportsphotoLtd/Allstar

LONDON – Pelakon berdarah Ireland-Inggeris, Sir Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir di hospital pada usia 82 tahun selepas menghidap penyakit radang paru-paru, demikian menurut kenyataan keluarga mendiang seperti laporan portal berita Mail Online hari ini.

Gambon memulakan kerjaya seninya selama 60 tahun bersama pelakon terkenal, Sir Laurence Olivier sebagai ahli asal Teater Negara Diraja.

Dia amat disayangi penonton yang lebih mengenalinya melalui watak Albus Dumbledore dalam filem Harry Potter.

Isteri mendiang dan anak lelakinya, Fergus Gambon berkata: “Kami sangat sedih untuk mengumumkan kehilangan Michael Gambon 

“Suami dan bapa tercinta, Michael meninggal dunia di hospital di samping isterinya, Anne dan anak lelakinya, Fergus berikutan serangan radang paru-paru. Michael berusia 82 tahun.

“Kami meminta anda menghormati privasi kami pada masa ini dan terima kasih atas mesej sokongan dan kasih sayang anda,” demikian kenyataan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI