fbpx

[VIDEO] Gaduh selepas selisih faham majlis kematian keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Perselisihan faham menjadi punca pergaduhan melibatkan ahli keluarga sehingga tular dalam kejadian di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Bandar Botanik di sini.

Menerusi video berdurasi 51 saat memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan individu lain.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada 14 September lalu.

Katanya, mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun telah dipukul lima suspek termasuk salah seorangnya menggunakan rotan.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah cedera di kepala, tangan kiri, rusuk dan kaki.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku akibat perselisihan faham antara ahli keluarga sewaktu mangsa menghadiri majlis kematian keluarga di pangsapuri tersebut,” katanya hari ini.

Tangkap layar kejadian tersebut

Beliau memberitahu, susulan kejadian itu pihaknya menahan enam suspek lelaki berusia 26 hingga 65 tahun.

Tambah Hoong Fong, semakan mendapati dua suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai siasatan.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Rata dengan empat daripada suspek akan dituduh mengikit Seksyen 148 Kanun Keseksaan dalam masa terdekat,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI