fbpx

Tetap siap-siaga banjir walaupun amaran hujan tamat – Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seluruh agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan keselamatan diarahkan terus berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi susulan banjir di beberapa negeri ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memantau keadaan semasa banjir yang kini melanda di Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah akibat peralihan monsun pada ketika ini.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, saya telah mengarahkan seluruh agensi berkaitan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi meskipun Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan notis penamatan amaran hujan berterusan peringkat waspada pada pagi ini.

“Saya sentiasa mendoakan agar semua mangsa yang terjejas akibat banjir pada kali ini dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dalam menghadapi musibah yang melanda,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan terdedah banjir untuk terus mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa patuh pada arahan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI