fbpx

JPJ Perak keluarkan 10,568 notis kepada penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD Yusoff memeriksa motosikal yang disita dalam Op Khas Motosikal 2023 di Ipoh hari ini.

IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1 September lalu.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, data yang direkodkan sehingga hari ini itu, diperoleh hasil daripada pemeriksaan ke atas 39,558 buah motosikal di seluruh negeri.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 278 buah motosikal disita membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan kenderaan tiada perlindungan insurans.

“Tindakan sitaan itu juga diambil kerana motosikal tersebut diubahsuai seperti menggunakan tayar sotong, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak memasang brek belakang selain ubah suai enjin dan ekzos untuk tujuan berlumba,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, motosikal yang disita boleh dituntut pada bila-bila masa selepas mereka melengkapkan semua dokumentasi dan kes kesalahan diselesaikan termasuk mendapatkan perlindungan insurans.

“JPJ tidak merampas motosikal tetapi menyita bagi maksud menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi yang boleh menjurus kepada kecederaan parah dan kemalangan maut.

“Tindakan sitaan dibuat bagi melengkapkan prosedur siasatan kesalahan semasa dan rekod lampau pengendali motosikal,” katanya.

Tambah beliau, dalam operasi selama sebulan sehingga Sabtu ini, seramai 124 anggota JPJ Perak terlibat di mana penguatkuasaan dijalankan dengan kaedah audit pematuhan di lampu isyarat dan sekatan jalan raya (SJR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI