fbpx

Perak akan henti perlombongan nadir bumi berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika bercakap pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak memberi jaminan akan menghentikan segala aktiviti perlombongan unsur nadir bumi jika mempunyai kesan radioaktif berbahaya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, walaupun perlombongan nadir bumi merupakan potensi baharu bagi menjana hasil negeri, pihaknya tidak akan berkompromi dalam menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, kerajaan negeri terus berusaha memberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan terutama bagi menghalang tindakan memanipulasikan perkataan radioaktif.

“Saya faham orang ramai takut kepada perkataan radioaktif. Apabila ada istilah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), mereka tidak peduli non-reactive (bukan) itu, hanya dengar perkataan radioaktif sahaja.

“Orang ramai tidak perlu bimbang. Ini bukan unsur radioaktif dan disahkan selamat oleh Jabatan Atom. Tidak perlu takut, kerajaan negeri tegas. Jika ada unsur radioaktif yang menakutkan, kita hentikan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Jason Ng Thien Yeong (DAP-Astaka) yang bertanyakan tentang usaha kerajaan negeri untuk menerangkan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Berkenaan NR-REE juga, Saarani berkata, Perak mempunyai sumber mineral yang banyak dan antaranya adalah NR-REE yang mampu memberikan hasil pendapatan lumayan kepada negeri.

Jelasnya, menurut kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Perak, anggaran deposit NR-REE di negeri itu adalah sebanyak 1,687,500 tan dengan nilai RM46.5 bilion berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya pada masa ini, terdapat satu projek perintis perlombongan NR-REE sedang beroperasi di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak dengan keluasan 87 hektar yang telah berjaya menjana hasil royalti sebanyak hampir RM16 juta kepada kerajaan negeri sehingga Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI