fbpx

Kasino Forest City: Kabinet bincang tindakan terhadap Bloomberg esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

HULU SELANGOR – Kerajaan akan membincangkan tindakan terhadap Bloomberg berhubung laporan penubuhan kasino di Forest City, Johor Bahru dalam Mesyuarat Kabinet, esok.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan polis telah dibuat ke atas portal berita antarabangsa tersebut.

“Saya belum dapatkan maklumat terperinci. Kita ada mesyuarat Jemaah Menteri esok, jadi mungkin selepas itu (kita akan buat keputusan) tetapi setakat ini belum ada perkembangan terbaharu.

“Namun, saya difahamkan, terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat. Jadi, saya kena tunggu mesyuarat jemaah menteri dahulu,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menafikan bahawa kerajaan mengeluarkan sebarang lesen untuk menubuhkan kasino di Forest City, Johor Bahru.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, laporan yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) adalah tidak benar.

Sementara itu, Kosmo! semalam melaporkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard ditahan di polis susulan hantarannya mengenai pengoperasian kasino di Forest City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI