fbpx

MSU terima anugerah Malaysia’s Best University

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (dua dari kanan) menerima anugerah Malaysia Education & TVET 2023 (META 2023) daripada Mustapha (dua dari kiri) pada satu majlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) menerima anugerah Malaysia’s Best University (TVET Education) bersempena anugerah Malaysia Education & TVET 2023 (META 2023) di Kuala Lumpur anjuran penerbitan Education + TVET Asia.

MSU dalam kenyataannya memaklumkan, anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud kepada Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid dalam satu majlis baru-baru ini.

“Pengiktirafan sebagai penerima anugerah Malaysia’s Best University (TVET Education) menyerlahkan komitmen jitu MSU selaku institusi pendidikan tinggi yang mempelopori pendidikan berteraskan TVET di Malaysia dan global.

“Perlaksanaan pelbagai strategi inovatif dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen TVET merentasi silibus pelbagai program pengajian telah memperkasakan lagi aspirasi ini,” menurut kenyataan tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad, Datuk R. Rajendran dan Editor Pengurusan Education + TVET Asia, Lee Seng Chee.

Dalam pada itu, kejayaan tersebut adalah kesinambungan kepada pengiktirafan Accreditation Services for International Schools, Colleges & Universities (ASIC) berpangkalan di United Kingdom apabila menganugerahkan MSU sebagai Global TVET Model University dan Outstanding Leadership in International TVET Education pada 2018.

Katanya, edisi kedua META 2023 diadakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan organisasi dan individu dalam memperkasakan program pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.

“Antara organisasi dan individu yang terlibat termasuklah institusi pendidikan tinggi, pusat latihan, pusat bahasa, pusat kemahiran dan vokasional, pusat Pendidikan awal kanak-kanak, pendidik dan penyedia perkhidmatan TVET, usahawan, personaliti dan tokoh TVET, pengarang dan penerbit serta lain-lain.

“Pemenang dinilai berdasarkan kriteria seperti kepimpinan, produktiviti, inovatif, kelestarian, kecemerlangan jenama, kecemerlangan perkhidmatan dan produk, serta kecemerlangan start-up baru,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI