fbpx

Nahas Putrajaya: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Izzatul mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Majistret Putrajaya tadi. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan menyebabkan kemalangan sehingga meragut dua nyawa di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya pada pagi Rabu lalu.

Tertuduh, Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Muhammad Izzatul didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Aima Nabila turut menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Oktober depan.

Tertuduh juga diarahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan sehingga kes selesai.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Amalina Abu Hanifa menawarkan ikat jamin RM10,000 namun jumlah berkenaan dikurangkan slepas tertuduh merayu jumlah berkenaan dikurangkan.

Dalam nahas di Kilometer 5.7, Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, Putrajaya itu, dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori treler bermuatan pasir dan batu selain 14 mangsa lain cedera.

Mangsa yang maut dikenali Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang juga kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, penjawat awam di Mahkamah Ampang.

Nahas membabitkan 14 buah kenderaan termasuk lima motosikal termasuk sebuah motosikal pengiring polis, tujuh buah kereta dan dua buah lori.

Siasatan mendapati, nahas berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir dan batu dari arah Kajang menghala ke Puchong hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI