fbpx

Kes malaria di Kelantan meningkat 84 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GUA MUSANG – Kes demam malaria yang berlaku di Kelantan meningkat sebanyak 84 peratus sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, sebanyak 215 kes malaria dilaporkan setakat ini berbanding 117 kes pada tahun lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 98 kes malaria pada tahun ini.

“Sebanyak 53 kes atau 24.7 peratus kes tersebut merupakan jangkitan malaria manusia dan 162 kes (75.3 peratus) pula malaria zoonotik iaitu jangkitan monyet kepada manusia.

“Tiada kes kematian akibat malaria dilaporkan di Kelantan sepanjang tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Serbaguna Ladang Sungai Terah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, Gua Musang merupakan daerah yang berisiko apabila banyak berlakunya kes demam malaria.

Katanya, 80 peratus kes di Gua Musang disebabkan keadaan persekitaran termasuk sektor perladangan.

“Oleh itu, JKNK mengadakan aktiviti di sini kerana mahu masyarakat di daerah ini aktif bersama jabatan dan rakan strategik kami yang lain untuk bersama-sama membuat pencegahan kes malaria.

“Pencegahan utama dalam menangani demam malaria adalah memastikan kita tidak digigit nyamuk. Sekiranya mempunyai tanda-tanda demam malaria, setiap individu perlu terus pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI