fbpx

Anne Hathaway berhenti rokok sebab anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNE HATHAWAY

AKTRES Anne Hathaway memerlukan tempoh selama tiga tahun untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak keduanya, Jack.

Bercakap kepada majalah People, pelakon yang kini berusia 40 tahun itu berkata, dia memerlukan masa panjang untuk kembali sihat sepenuhnya selepas selamat melahirkan anak keduanya itu.

Dalam tempoh tersebut, dia juga berhenti daripada amalan buruk iaitu merokok.

“Selepas melahirkan Jack, saya ambil masa selama tiga tahun untuk benar-benar sihat dan bertenaga.

Selama tempoh itu juga, saya telah meninggalkan banyak tabiat buruk antaranya mengambil minuman beralkohol,” jelasnya.

Pelakon filem Les Miserable itu turut mengingatkan kaum ibu lain supaya menghargai tubuh mereka dengan mengamalkan penjagaan kesihatan.

“Selepas bersalin, tolonglah ambil masa secukupnya untuk memulihkan semula sistem tubuh dalaman anda,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI