fbpx

Penjual pankek kacak jadi perhatian pembeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda tampan membantu ibunya membuat penkek di Pasar Si Mum Mueang, Rangsit baru-baru ini. - Foto @niwat_kj/TikTok

BANGKOK – Seorang penjual pankek yang membantu ibunya berniaga di sebuah gerai di Rangsit, wilayah Pathum Thani menjadi perhatian netizen kerana mempunyai wajah yang kacak, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pemuda tersebut menjadi sensasi internet selepas seorang pengguna TikTok, @niwat_kj, berkongsi videonya setelah dia berkunjung ke gerai di Pasar Si Mum Mueang.

“Pankeknya sungguh lazat. Pankek terbaik di Si Mum Mueang. Saya akan membeli semuanya. Penjualnya sangat kacak,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video itu menunjukkan seorang pelanggan bertanya kepada penjual tersebut sama ada dia membantu ibunya sebelum pemuda itu mengangguk dengan malu-malu.

Video itu menjadi tular dengan sebilangan netizen menyamakan wajah pemuda berkenaan 

dengan dua pelakon popular Thailand iaitu Jakrapatr Voravatsin dan Chonkan Ampornsutinun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI