fbpx

Sunway Property teruskan tradisi Kempen Signature Series dengan sasaran jualan RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunway Property akan melancarkan beberapa projek hartanah baharu bersempena kempen Signature Series tahun ini.

PETALING JAYA – Selepas kejayaan mencatat tempahan sehingga RM1 bilion tahun lalu, Sunway Property terus melancarkan kempen tahunannya iaitu Signature Series bagi tahun ini.

Kempen yang masuk tahun ketiga ini akan berlangsung mulai Isnin ini hingga 30 Jun di seluruh negara.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Sunway Property Gerard Yuen berkata, kempen tahun ini akan menampilkan tawaran yang lebih besar dan lebih menarik memandangkan Kumpulan sedang meraikan ulang tahun ke-50 Sunway Group. 

Menurut beliau, berjumlah lebih daripada RM2 bilion dalam nilai pembangunan kasar, Signature Homes ini semuanya direka menggunakan SDDA (Sunway Design and Development Architecture).

“Pembeli rumah boleh mencari peluang untuk memiliki kediaman bagi empat pembangunan Signature Series baharu yang akan dilancarkan di Lembah Klang, Johor, Ipoh dan Pulau Pinang.

“Mereka juga akan menerima tawaran eksklusif Experience Sunway yang meliputi baucar untuk mengalami tempat makan, kesihatan dan kesejahteraan, hospitaliti, runcit dan banyak lagi tawaran merentas ekosistem Sunway. 

“Daripada 100,000 Sunway Super App Points kepada pengalaman menjamu selera di Gordon Ramsay Bar & Grill kepada penginapan mewah di Sunway Resort Hotel, bekalan sehingga 1 tahun dari Sunway XFarms, dua bengkel masakan percuma di institusi Le Cordon Bleu Malaysia yang berprestij, pengalaman menginap di Sunway Sanctuary, dan pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Sunway.

“Tawaran ini adalah bukti kemudahan bertaraf dunia yang terdapat di perbandaran Sunway di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Setiap faedah eksklusif ini akan diberikan kepada pembeli rumah Sunway Property, dan akan terdiri daripada perkhidmatan penyelenggaraan rumah kepada kelebihan sewa kepada diskaun istimewa dan banyak lagi.

Mengulas mengenai projek hartanahnya, Sunway Velocity 3 yang memiliki GDV bernilai RM1.8 bilion itu akan dibuka untuk prebiu pada bulan April.  

Selain itu, kempen tersebut turut merangkumi  Sunway Alishan, Sunway Artessa, Sunway Belfield, Sunway d’Hill, Sunway Flora, Jernih Residence dan Sunway Serene.

Bagi projek di Johor pula,  Sunway Property akan melancarkan fasa terakhir Sunway Aviana, sebuah estet kediaman berpagar dan berkawal bernilai RM78 juta dalam nilai pembangunan kasar.  

 Di Ipoh pula, syarikat akan  menampilkan Sunway Bayu memiliki GDV sebanyak RM90 juta menawarkan 168 unit rumah teres flexi yang dikelilingi kawasan hijau  dan berlatarbelakangkan bukit batu kapur berusia jutaan tahun. 

Di samping itu, pada bulan Jun, pembeli rumah di Pulau Pinang boleh menantikan pelancaran pembangunan kediaman berpagar baharu yang terletak di Sunway Wellesley bernilai RM150 juta dalam nilai pembangunan kasar.  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI