fbpx

Isteri kembali bertudung? Haqiem Rusli mohon doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai agar isterinya, Anis Sofea benar-benar kembali bertudung.

PETALING JAYA – Selepas sekian lama tidak berkongsi foto isteri tercinta, Anis Sofea dalam Instagram selepas wanita itu mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab, penyanyi Haqiem Rusli menarik perhatian peminatnya apabila memuat naik video isterinya itu dalam keadaan manis bertudung.

Lebih menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Haqiem apabila meminta peminat untuk mendoakan perkara yang baik-baik untuk perkahwinannya.

“Sayang Akem (Haqiem), tidak kira bagaimana sakitnya, bersabarlah. Keadaan akan menjadi lebih baik.

“Awak melalui fasa naik turun bersama saya. Kami saling mencintai. Saya cintakan awak. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Dengan menggunakan muzik latar lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Afghan, kelihatan Anis cantik mengenakan tudung berwarna biru ketika berada di sebuah kedai makan yang terletak di tepi jalan.

Dalam ruangan komen, ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangga penyanyi itu bersama isterinya. Malah perkongsian pelantun Tergantung Sepi itu turut menerima komen daripada ibunya, Nazrah Nordin yang mendoakan kesejahteraan anak dan menantunya.

“Mak sentiasa doakan yang baik-baik untuk kedua-dua anak mak. Amin. Cantiknya begini (bertudung),” ujar Nazrah.

“Hebat kau Haqiem bila mengutamakan Allah SWT dan syariat agama. Setelah sekian lama, akhirnya kau kongsi gambar isteri dalam Instagram dalam keadaan cantik menutup aurat. Hebat. Semoga Allah terus memberkati segala urusan kau. Amin,” ujar seorang pengikutnya.

“Cantik kalau bertudung. Semoga istikamah dan dipermudahkan urusan kamu berdua,” ujar seorang lagi netizen.

Dalam satu laporan Kosmo! pada April lalu, Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, mengakui bahawa dirinya berada dalam fasa menempuh ujian rumah tangga susulan tindakan isterinya tidak lagi berhijab.

Meskipun enggan memperincikan lebih lanjut, Haqiem dilihat lebih bersikap profesional selain enggan cepat melatah dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

“Saya tidak boleh komen tentang ini. Saya rasa ini private life (kehidupan peribadi) dan saya hendak mereka (peminat) tahu, saya sudah sehabis baik untuk menjadi suami yang baik.

“Saya sebagai suami, bagi dia (isteri) masa, saya tak nak memaksa (isteri memakai hijab) tetapi saya akan cuba sehabis baik untuk menambah baik,” katanya.

Terdahulu, pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI