fbpx

12 PATI India, Bangladesh dicekup semasa naik bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warganegara India dan Bangladesh yang ditahan di depan IPD Gua Musang, Gua Musang kelmarin. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seramai 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini semasa mereka menaiki sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kesemua PATI yang terdiri daripada lapan orang warganegara India dan empat warganegara Bangladesh ditahan dalam Op Cantas kira-kira pukul 1 pagi.

Menurutnya, kesemua warga asing berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah semasa menaiki bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu.

“PATI yang terlibat didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Tangkapan itu dijalankan hasil kerjasama antara pihak polis dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengekang pergerakan warganegara asing yang tiada dokumen di negara ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, kesemua PATI dibawa ke IPD Gua Musang dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1958/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI