fbpx

Remaja OKU tersangkut dalam parit hampir sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja OKU diselamatkan bomba selepas satu jam terperangkap dalam sebuah parit di Bandar Tasik Puteri, Rawang, awal pagi tadi.

RAWANG – Detik cemas menimpa seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) selepas terpaksa bertahan hampir satu jam tersangkut di dalam parit berkedalam empat meter di Bandar Tasik Puteri, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.36 pagi itu,  difahamkan mangsa keluar bersama bapanya untuk memancing sebelum terjatuh ke dalam parit berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, susulan itu, sebanyak empat anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikerah ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa berjaya menemukan remaja lelaki terbabit di tepi parit, 30 meter dari tempat dua beranak itu memancing.

“Remaja berusia 16 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI