fbpx

Piala Malaysia: JDT layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON DA SILVA melakukan tandukan untuk menjaringkan gol pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan tugas sukar menewaskan Negeri Sembilan FC 4-1 pada aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail (SSI) di sini sebentar tadi untuk layak mara ke pusingan separuh akhir dengan agregat 7-1.

Pasukan tuan rumah tidak mengambil masa lama untuk membuka jaringan setelah Bergson Da Silva mencetak jaringan pada minit keenam memanfaatkan hantaran silang Juan Muniz ke dalam kotak penalti.

Penyerang berusia 32 tahun itu tidak menunggu lama untuk menambah jaringan peribadinya apabila meledak gol kedua, juga menerusi tandukan yang berpunca daripada sepakan bebas Muniz pada minit ke-11.

Setelah membuat dua bantuan gol, Muniz akhirnya meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma menewaskan Firdaus Irman Mohd. Fadhil buat kali ketiga pada minit ke-29.

Pada minit ke-39, skuad Rusa akhirnya berjaya mencipta jaringan menerusi Zamri Pin Ramli yang membuat rembatan deras dari sudut sukar berjaya menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Pada penghujung babak permainan, Forestieri berjaya memperoleh gol yang diburu apabila mendapat umpanan cantik Diogo Luis Santo sebelum mudah memperdaya penjaga gol sebelum melepaskan rembatan ke gawang yang tak dikawal.

JDT melangkah ke pusingan separuh akhir dan akan berdepan pasukan Perak FC atau Sabah FC, yang akan membuat perhitungan pada Isnin ini.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI