fbpx

Maskot Kapten Kosmo! kembali ceriakan Kejuaraan Cub Prix Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Kosmo! hadir bagi memeriahkan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu di Kuala Nerus.

KUALA NERUS – Maskot Kap­ten Kosmo! kembali menceria­kan suasana di Litar Permotoran Terengganu sempena pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix Malaysia selama dua hari sehingga hari ini.

Penampilan Kapten Kosmo! bersama Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT), salah satu pasukan kategori perdana CP150, sentiasa dinanti-nantikan peminat di setiap venue tahun ini.

Pengurus TCPRT, Nur Atikah Azwar, berkata, kerjasama dengan akhbar Kosmo! di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. selaku rakan penaja telah berjaya menaikkan imej pasukan itu dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Nur Atikah berkata, peminat sukan permotoran juga semakin mengenali TCPRT melalui liputan akhbar Kos­mo! selain penampilan khas Kapten Kosmo! di setiap perlumbaan.

“Banyak pasukan mula mencemburui kemeriahan yang dirasai setiap kali Kap­ten Kosmo! bersama pelumba TCPRT meluangkan masa bersama peminat dalam program diatur.

“Antaranya sebelum ini kita buat program konvoi bermotosikal bersama peminat TCPRT dan Kapten Kosmo! selain jualan barangan eksklusif pasukan kepada orang ramai,” katanya di sini semalam.

Pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix Malaysia kali ini, peminat sukan permotoran boleh mendapatkan cenderahati seperti baju-T eksklusif Kosmo! dan TCPRT, payung serta banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI