fbpx

Google, Boeing kembangkan operasi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu Porat selain tiga lagi syarikat gergasi di New York, Amerika Syarikat.

PETALING JAYA – Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan kepada beliau oleh empat syarikat gergasi tersebut dalam pertemuan di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Kerajaan Perpaduan akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Google, Ruth Porat; Presiden Boeing Global, Dr. Brendan Nelson; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Medtronic, Geoff Martha dan Pengarah Urusan Global, Siemens Healthcare, Tisha Boatman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia.

Menurut beliau, mereka bertukar-tukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama khususnya di dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

Katanya, beliau dan Stiglitz turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan.

“Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan, demi bina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan. Idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI