fbpx

[VIDEO] Anggota tentera terpaksa ‘landing’ dalam sawah, gara-gara angin kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan beberapa anggota tentera berpayung terjun melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan sawah padi ekoran angin kuat.

PETALING JAYA – Gara-gara angin kuat ekoran keadaan cuaca tidak menentu, sepasukan anggota tentera yang sedang melakukan latihan payung terjun terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan sawah padi.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok, kejadian tersebut di percayai berlaku di sebuah kawasan di Utara Semenanjung.

Berdasarkan klip video itu, anggota tentera mendakwa angin terlalu kuat sehingga mereka tersasar dari kawasan pendaratan yang sepatutnya.

Malah, beberapa penduduk yang merakam kejadian itu juga nyaris dihempap anggota berpayung terjun yang melakukan pendaratan cemas itu.

Difahamkan, seramai 10 orang anggota tentera yang terlibat, namun kesemuanya selamat melakukan pendaratan cemas di kawasan sawah padi berkenaan.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian terbabit dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen termasuk memuji kecekapan anggota mengendalikan payung terjun walaupun berdepan situasi cemas.

“Hebat penerjun tu, dia ada peluang landing (mendarat) atas jalan, tapi takut rempuh orang kampung, jadi dia pilih bendang,”tulis @Deqwan_pakndak.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @fazlakhgojz.

“Berani dan kental anggota-anggota kita semua ni. Kemaih paklong bagi arahan kat kawan-kawan untuk memastikan keselamatan penerjun,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

@abdulhalimbinahma3terjun Salah tempat faktor cuaca,steady abg askar..lending dgn Selamat,mujuq Dan mengelak♬ original sound – Mr H

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI