fbpx

Wanita maut, suami parah motosikal dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pasangan suami isteri terbabit di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuching - Sri Aman, pagi tadi.

SERIAN – Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah kereta, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku di Kilometer 63, Jalan Kuching – Sri Aman kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki pasangan berusia 72 dan 58 tahun itu secara tiba-tiba menukar lorong dari kiri ke kanan.

Katanya akibat jarak yang dekat, motosikal mangsa dilanggar oleh kereta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun.

“Penunggang motosikal mengalami cedera di kepala dan parah di tangan, manakala pembonceng cedera parah di tengkuk serta tangan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya suami mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan dan mayat mangsa turut dibawa untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, Aswandy berkata pemandu kereta terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan dan ketika kejadian, cuaca dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI