fbpx

Tertuduh kes bunuh pemandu kereta sewa diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hanif (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas menghadiri sebutan semula kes bunuh pemandu kereta sewa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pekerja gudang yang didakwa membunuh seorang pemandu kereta sewa pada bulan lalu diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri mengarahkan tertuduh, Muhammad Hanif Mohd. Rosli, 29, melakukan pemeriksaan tersebut di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru, dan memerintahkan sebutan semula kes pada 19 Oktober depan.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Hanif didakwa membunuh mangsa, Mohd. Latif Idris, 51, dan perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kereta sewa di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus antara pukul 10.09 malam hingga 10.56 malam, 10 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kosmo! 12 Ogos lalu melaporkan mayat Mohd. Latif ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kesan tikaman pada bahagian leher di tempat duduk belakang kereta sewa miliknya.

Sebelum itu, kereta sewa berkenaan dipandu secara melawan arus oleh Muhammad Hanif sehingga melanggar beberapa kenderaan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI