fbpx

Temui Kosmo!, Pink Racing di Kuala Nerus esok, Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Kosmo! dan Nur Atikah (kanan) bersama konvoi bermotosikal TCPRT di Kuala Nerus pada Julai lalu.

PETALING JAYA – Peminat sukan permotoran berpeluang memiliki barangan eksklusif Kosmo! dan Pink Racing sempena Kejua­raan Cub Prix Malaysia yang berlangsung di Kuala Nerus, Terengganu hujung minggu ini.

Pengarang Sukan Kosmo!, Sopi Samaile berkata, kesemua produk itu boleh diperoleh menerusi pembukaan gerai jualan di Litar Permotoran Terengganu esok dan Sabtu.

Antara produk edisi ­eksklusif yang boleh didapati adalah baju-T berharga RM89, baju-T eksklusif Kosmo! Jiwa Kental (RM45), headbuff Rider Helmet Pink (RM30) dan payung Kosmo! (RM30).

“Orang ramai yang mahu me­rasai pengalaman sebagai pelumba sebenar boleh membeli set kombo Kosmo! dan Pink Ra­cing berharga RM130 sekali gus layak menyertai cabutan bertuah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Sopi, pada program yang berlangsung selama dua hari itu, orang ramai turut berpeluang bertemu dan berswafoto bersama maskot Kapten ­Kosmo! yang akan berada di gerai jualan tersebut sepanjang program berlangsung.

Akhbar Kosmo! di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. merupakan penaja pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT).

Antara barangan eksklusif Kosmo! dan Pink Racing yang boleh didapati di Kuala Nerus esok dan Sabtu.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar memberitahu, promosi kombo barangan eksklusif Kosmo!-Pink Racing dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terutama penduduk Pantai Timur supaya tidak melepaskan peluang tersebut.

“Untuk perlumbaan di Terengganu pada kali ini, kita amat berharap semuanya akan berjalan lancar memandangkan ramalan cuaca hujung pada hujung minggu ini menunjukkan acara berlangsung dalam kea­daan cuaca hujan.

“Saya juga berharap agar ketiga-tiga pelumba kita berjaya mengumpul mata dan seterus­nya berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir,” ujarnya.

Selain gerai jualan di lokasi tersebut, kesemua barangan eksklusif Kosmo! juga boleh juga dibeli menerusi pautan https://mediamulia.onpay.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI