fbpx

6.1 juta lelaki Malaysia guna internet data mudah alih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Golongan Lelaki merupakan pengguna utama akses internet melalui data mudah alih iaitu seramai 6.1 juta orang manakala kemudahan dengan akses internet percuma seramai 0.4 juta orang, rumah orang lain (0.3 juta) dan kemudahan akses internet komuniti (0.2 juta).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, melalui Penerbitan Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Hubungan Sosial) yang dikeluarkan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, golongan wanita pul lebih ramai daripada lelaki bagi akses internet di rumah (2.7 juta) dan pusat pendidikan (0.4 juta).

“Data mudah alih digunakan secara meluas sebagai mod kebolehcapaian internet di Malaysia dengan jumlah 11.8 juta orang. Ini merujuk kepada seseorang yang menggunakan telefon pintar sebagai cara utama bagi akses internet.

“Akses internet di rumah adalah yang kedua paling diutamakan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan jumlah 5.3 juta pengguna dan diikuti dengan tempat bekerja (2.6 juta), kemudahan akses internet percuma (0.8 juta), pusat pendidikan (0.7 juta), rumah orang lain (0.5 juta) dan kemudahan akses internet komuniti (0.4 juta orang),” jelasnya.

Sementara itu, satu pertiga (34.4 peratus) pengguna data mudah alih berada di Johor (12.4 peratus), Selangor (11.7 peratus) dan Perak (10.3 peratus).

“Johor Bahru, Petaling dan Kinta mencatatkan kadar pengguna data mudah alih paling ramai.

“Manakala tiga lokasi ini juga menduduki tempat teratas untuk mod akses kepada internet selain data mudah alih,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI