fbpx

Mondy selar bapa tiri, usah buat cerita jika tak tahu hal sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Caprice di akaun Instagram miliknya.

PETALING JAYA – Tidak tahan dibelenggu fitnah dan cerita tidak betul, Mondy Tattoo hari ini tampil menyelar beberapa dakwaan termasuk kenyataan yang dikeluarkan bapa tirinya sendiri.

Menerusi satu hantaran baru yang dibuat penyanyi rap terkenal, Caprice, Mondy dilihat menitiskan air mata dan kesal dengan tindakan bapanya yang seperti menambah bara dalam kes yang sedang menimpanya.

“Jangan buat-buat tahu, jangan tokok tambah cerita. Awak tak tahu anaknya di sini macam mana. Kami di sini nak selesaikan masalah ini, tetapi bapa burukkan lagi keadaan dengan cerita macam-macam dekat ustaz dan media.

“Kalau saya kata saya okay di sini, maksudnya saya baik saja. Orang yang awak bagitahu itu pun entah siapa-siapa. Nasib sekarang saya berada di Malaysia bukannya Indonesia,” jelas Mondy dalam satu perbualan dengan bapa tirinya.

Dalam pada itu, Caprice berkata ibu bapa tiri Mondy telah tertipu dengan bukti-bukti perbualan palsu yang telah tersebar luas di Malaysia dan Indonesia dengan tujuan untuk mencemarkan lagi nama Mondy dengan fitnah jahat.

“Fitnah yang sangat jahat, waktu live Ustaz Derry tu, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari enam jam untuk bagi kenyataan dan disoal siasat.

“Kami di sini bertanggungjawab untuk bantu orang yang dianiaya. Cap risau kalau bukan kita lah yang berani bantu mangsa macam Mondy ni, siapa saja yang berani bela?

“Allah hantar satu mangsa yang mempunyai hati yang baik, berani dan kuat, tetapi paling susah untuk masyarakat percaya sebab tatu dan luaran dia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu Kosmo! Melaporkan seorang ustaz dari Indonesia yang dikenali Ustaz Derry Sulaiman mendakwa segala kenyataan Mondy Tatto dalam sebuah temuramah di ‘podcast’ adalah berbohong.

Selain itu, seorang lelaki dipercayai bapa kepada Mondy Tatto tampil membuat permohonan maaf kepada Ustaz Ebit Lew di atas keterlanjuran anaknya itu.

“Saya mohon maaf atas tingkah laku tutur kata yang tidak sopan (Mondy). Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang telah membantu keluarga saya.

Difahamkan perkara tersebut berlaku menerusi siaran langsung di media sosial yang turut disertai pendakwah dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI