fbpx

Malaysia, Qatar tubuh pasukan khas perkukuh kerjasama Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdulaziz Faisal Mohamad Al-Thani.

PETALING JAYA – Malaysia dan Qatar bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan khas yang bertujuan memperkukuh kerjasama Imigresen dan pengurusan pekerja asing.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan khas itu juga bertujuan meneroka kepakaran Qatar dalam membangunkan sistem “Matraj”.

“Moga usaha yang direncana ini mengeratkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara yang tentunya bakal meraih manfaat kepada rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Saifuddin memaklumkan, beliau tiba di Doha, Qatar semalam dalam rangka lawatan kerja di negara itu termasuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat di Qatar.

Menurutnya, kedua-dua mereka berbincang dan bertukar pendapat dalam beberapa perkara tumpuan antaranya mengenai pengenalan sistem kerajaan elektronik yang semakin dipelopori di Qatar.

Kata beliau, turut dibincang hal-hal melibatkan kerjasama imigresen termasuk aspek pengurusan pekerja asing yang menjadi perhatian kedua-dua negara.

“Selari dengan kedudukan Malaysia di Tier 2 Pemerhatian dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2023 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Malaysia terus komited untuk meningkatkan lagi inisiatif bagi menangani jenayah pemerdagangan orang yang juga dibincangkan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI